fbpx

Mereka Dah Jana 5-6 Angka Dalam Masa 7 Bulan, Bermula Dari KOSONG Hanya Sebagai Dropship Sahaja !

Baca Page Ini Hingga Habis Jika Anda Nak Mula Dapat Hasil Yang Sama Seperti Mereka

Hai, saya Poknik.

Poknik ialah seorang leader kepada beratus ejen dropship yang dah mencatat jualan keseluruhan 7 angka sepanjang tahun 2018.

Poknik ada buka program dropship untuk rakan-rakan yang nak mula ada bisnes dan income sendiri. Ramai dah sertai program Poknik ni sejak awal tahun 2018.

Poknik bantu mereka build-up bisnes dari kosong, bantu mereka tatkala mereka keliru dan melihat dengan mata Poknik sendiri bagaimana mereka mencatat jualan bermula dari Rm1000 sehingga mencecah 6 angka. 

 

Dalam masa 7-8 bulan, ini hasil yang mereka tuai.

21 orang mencapai jualan 6 angka & 43 orang mencapai jualan 5 angka.

Mereka ialah sebahagian daripada ejen dropship yang mengikuti program bimbingan dropship PokNik.

Mereka bermula daripada ZERO, membina bisnes langkah demi langkah sehingga mencapai tahap yang mereka boleh banggakan sekarang. 

Poknik bantu mereka, berikan sokongan yang tak henti-henti setiap masa. Alhamdulillah, mereka mencapai matlamat yang mereka sasarkan. 

Mereka hanya buat tugasan yang Poknik berikan setiap hari, mereka tak banyak berdalih dan mereka sememangnya layak mendapat hasil begitu.

Disclaimer : Ini hanya 5% daripada jumlah keseluruhan peserta program dropship Poknik. 

Sekarang Poknik nak cerita apa yang mereka buat untuk dapat hasil tersebut.

Poknik Tahu Anda Pun Nak Dapat Hasil Seperti Mereka…

Anda boleh jadi seperti mereka. Tetapi Poknik nak beritahu awal-awal.

Mereka Berjaya Kerana Mereka Bekerja Keras

Mereka Berjaya Kerana Mereka Buat Semua Tugasan

Mereka Berjaya Kerana Mereka Tidak Bertangguh

Mereka Berjaya Kerana Mereka Tidak Buat Alasan

Mereka Berjaya Kerana Mereka Tinggalkan Masalah & Kejar Kejayaan

Mereka berjaya kerana mereka sendiri yang inginkan kejayaan itu. Poknik hanya bantu.

Keyword paling penting dalam Program Dropship PokNik ialah …

” KERJA KERAS “

Ini bukan program magis, join je terus boleh berjaya. TIDAK!

Ini bukan program sekelip mata yang boleh buat anda jadi jutawan segera. TIDAK!

Ini ialah program yang sudah diatur step by step oleh PokNik, anda hanya perlu siapkan semua tugasan yang disediakan sehingga berjaya.

Tetapi jangan risau, PokNik akan sentiasa ada untuk bantu anda jika menghadapi kebuntuan semasa melakukan tugasan. PokNik akan bimbing satu per satu sehingga anda berjaya.

Ini bahagian yang paling penting & perlu anda faham : untuk berjaya dalam program ni bukan suatu yang mudah

Anda tak akan cukup tidur

Anda tak boleh keluar bercuti

Anda tak cukup rehat

Anda tak boleh lepak mamak

Tetapi anda akan gembira apabila segala pengorbanan dan kerja keras untuk bina bisnes anda ni telah membuahkan hasil. Semua pengorbanan akan rasa berbaloi selepas melihat infrastruktur bisnes yang anda telah bina.

PokNik akan bantu anda bina dan susun infrastruktur bisnes masing-masing.

Infrastruktur Untuk Tarik Sales

Infrastruktur yang anda bina nanti akan berfungsi untuk mendapatkan lebih banyak jualan setiap bulan.

Infrastruktur Yang Boleh Guna Berkali-kali

Infrastruktur yang anda bina boleh digunakan berkali-kali untuk jana pendapatan.

Bagaimana Flow Program Ni & Apa Yang Anda Perlu Tempuhi ?

Ini ialah gambaran perjalanan program yang anda akan tempuhi selepas anda buat keputusan untuk sertai.

1. Anda Sertai Program Dropship Poknik

Leader & Group

Poknik akan letakkan anda di bawah stokis terpilih dan masuk ke dalam group stokis tersebut untuk belajar.

Group Besar Untuk Belajar

Poknik akan masukkan anda ke dalam group utama untuk perbincangan dan belajar bersama.

Broadcast List

Poknik akan masukkan anda dalam list broadcast. Setiap minggu Poknik akan blast ilmu & motivasi untuk anda.

2. Siapkan Tugasan Dalam Syllibus ’14 Hari Dropship Bersama Poknik’

Task, Task,Task

Banyak tugasan yang Poknik dah sediakan untuk anda siapkan dalam masa 14 hari.

Paksa Diri & All Out

Syllibus ni akan bentuk jati diri anda sebagai ejen. Pastikan anda berjaya siapkan semua tugasan dalam masa yang diberikan. 

Take It or Leave It

Jika anda berjaya harungi 14 hari dengan jayanya, anda boleh teruskan perjalanan dalam program ni. Jika tidak, anda kena ulang semula syllibus sehingga siap.

3. Belajar Jana RM1000 Pertama Sebagai Dropship

Personal Branding

Poknik akan bimbing anda untuk bina profile yang betul dan cara mencari pelanggan.

Expanding

Anda akan belajar cara untuk dapatkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan. Anda juga akan belajar cara untuk dapatkan pelanggan baru dari pelanggan sedia ada.

Referral

Sistem referral dah ada, anda hanya perlu belajar dan gunakannya semaksimum mungkin sepanjang program.

4. Upgrade Jadi Stokis & Target Rm10,000 Jualan

Sasaran Jualan Baru

Fasa ini anda sudah ada infrastruktur awal bisnes. Boleh mula letakkan sasaran RM10,000 jualan pula.

Sales Team & Ejen

Anda akan belajar cara untuk mula dapatkan sales team anda sendiri serta mendapatkan lebih ramai ejen di bawah anda.

Jadi Mentor

Anda akan menjadi mentor kepada ejen dropship yang baharu. Anda hanya perlu ulang semula langkah yang anda dah lalui sebelum ni sebagai dropship.

5. Mantapkan Infrastruktur Untuk Jualan RM50,000

Infrastruktur Sales Team

Anda akan belajar cara kukuhkan sales team anda supaya mereka dapat membuat jualan yang lebih banyak setiap hari dan mencapai KPI yang ditetapkan.

Infrastruktur Sistem Ejen

Anda akan belajar cara untuk kukuhkan sistem ejen yang anda miliki. Buatkan semua ejen aktif dan capai jualan yang ditetapkan.

Infrastruktur Kesetiaan Pelanggan

Anda akan belajar kukuhkan sistem kesetiaan pelanggan. Kenali pelanggan lebih dalam dan cara nak buat mereka membeli lebih kerap.

6. Jadi Partner & Jana Income 5-7 Angka

Jadi Partner

Anda akan diangkat menjadi partner Poknik dan boleh mula sasarkan jualan sehingga Rm100,000.

Pemilik Produk

Poknik akan ajar anda menjadi owner product sendiri dan menggunakan sistem yang sama seperti yang Poknik gunakan sekarang.

Tiada Saingan

Anda akan kukuhkan bisnes anda sendiri dengan produk sendiri. Tiada lagi saingan daripada stokis lain dalam program ini.

Poknik taknak berikan gula-gula dengan testimoni dan income peserta program. Poknik nak anda sertai program ini dengan niat yang betul. Niat untuk belajar, bukan untuk ambil kesempatan.

Kita bukan nak buat bisnes seminggu dua sahaja, tetapi nak kekal bertahun-tahun.

Program ni akan bentuk jati diri anda sebagai ejen, kemudian dibimbing dari semasa ke semasa sehingga mampu berdikari menjadi owner produk dibawah jenama anda sendiri.

Jika anda rasa mampu nak habiskan program ni dengan mengikuti syllibus yang disediakan oleh Poknik, anda amat dialu-alukan untuk sertai Poknik.

Sekarang Poknik Nak Jemput Rakan-rakan Yang Dah Bersedia

Apa yang anda akan terima selepas setai program ini?

Syllibus Dropship Training 14 Hari

Anda akan mula bina infrastruktur bisnes menggunakan syllibus ini. Ada 10 video yang akan terangkan tugasan anda selama 14 hari.

Group Mentorship

Anda akan dimasukkan ke dalam group stokis yang berperanan sebagai mentor anda. Anda juga akan dibimbing oleh Poknik sendiri

Group Perbincangan

Anda akan dimasukkan ke dalam group perbincangan bersama Dr Mariani PhD dan juga rakan dropship lain

Weekly Broadcast

Poknik akan hantar mesej broadcast kepada semua dropship untuk berikan kata-kata semangat dan tips berguna.

Sistem Pengurusan Pelanggan

Anda juga akan diberikan sistem khas bagi tujuan penyimpanan data pelanggan.

Kita akan menggunakan produk skincare Malaysia, DerMags untuk lakukan dropship dan bina infrastruktur bisnes.

Skincare Terbaik Malaysia, Mungkin Terbaik Dunia

Dihasilkan Melalui Kajian PhD UTM oleh Dr Mariani

Diformulasikan Dari Khasiat Buah Manggis

Dibangunkan Di Makmal Malaysia, Perancis dan Korea

Kolaborasi Bersama Pakar Skincare Dari Korea Selatan

Telah Memenangi Pelbagai Anugerah Di Dalam & Luar Negara

Kadar Repeat Sales Tinggi Melebihi 80%

Sangat Berkesan Kepada Pelbagai Jenis Kulit

Anda tak perlu risau mengenai produk. Anda hanya perlu fokus untuk bangunkan infrastruktur bisnes anda sahaja sepanjang program.

Selagi anda konsisten dan tidak berputus asa, buat semua tugasan dalam program, anda ada harapan untuk mencapai jualan 5-6 angka.

Dah Ready?

Jika anda dah faham apa yang perlu anda buat, Poknik sangat mengalu-alukan kehadiran anda dalam program ini.

Batch terbaru akan memulakan program tidak lama lagi, klik butang di bawah untuk sertai kami.

Yuran tak mahal. Hanya sebagai syarat dan tanda kesungguhan anda sahaja. Anda cuma perlu bayar RM150 RM80 sahaja untuk sertai program pada bulan ini. Harga program akan dinaikkan setiap bulan.

Lihat apa kata peserta-peserta program sebelum ni, mereka semuanya berpuas hati dengan apa yang Poknik sediakan untuk mereka.

Ps: Poknik hanya nak orang yang betul-betul sanggup berubah demi membina bisnes dan baiki kehidupan untuk sertai Program Dropship Poknik.

Ini bukan omong kosong, Poknik akan buktikan kepada anda melalui program ini nanti. Poknik akan pantau prestasi anda semua dalam program ini. Insyaallah Poknik akan bantu anda untuk merasai jualan 5-6 angka bersama-sama.

Jangan berlengah, kuota setiap batch terhad.

Jumpa di sana nanti.

Poknik