fbpx

Dah Lama Buat Bisnes Tetapi Result Masih Sama, Bisnes Tak Dapat Berkembang Dengan Pesat?

Poknik Sediakan Program Bimbingan Online Untuk Peniaga Membina Infrastruktur Bisnes Yang Kukuh Dan Mencapai Jualan 6 Angka.

 

Bersedia Untuk Tingkatkan Level Bisnes Anda Ke Tahap Yang Lebih Tinggi.

Hai, saya Poknik.

Poknik ialah seorang leader kepada beratus ejen dropship yang dah mencatat jualan keseluruhan 7 angka sepanjang tahun 2018.

Poknik ada buka program dropship untuk rakan-rakan yang nak mula ada bisnes dan income sendiri. Ramai dah sertai program Poknik ni sejak awal tahun 2018.

Poknik bantu mereka build-up bisnes dari kosong, bantu mereka tatkala mereka keliru dan melihat dengan mata Poknik sendiri bagaimana mereka mencatat jualan bermula dari Rm1000 sehingga mencecah 6 angka. 

 

Anda ada masalah begini dalam bisnes?

Bisnes Stuck, Tak boleh Berkembang

Berniaga dah lama, tapi masih di tahap yang sama. Dah buat macam-macam cara tapi masih tak berkembang.

Bisnes Makin Merudum

Dah 3-4 tahun berniaga, sekarang dah makin menurun pula jualannya.

Untung Makin Sikit, Hutang Bertambah

Hutang makin bertambah setiap bulan, keuntungan tak dapat nak cover pembayaran hutang

Masuk Kelas & Seminar Pun Tak Membantu

Dah join banyak kelas dan seminar sepanjang tahun, bisnes masih di takuk lama.

Jika anda menghadapi masalah yang Poknik senaraikan ni, maka program bimbingan Poknik ni boleh bantu. Dah banyak peniaga seperti anda dah berjaya naik semula dengan Izin-Nya. 

Poknik sediakan program ni supaya anda tak jadi macam Poknik dulu-dulu.

Lihat apa yang peserta program ni katakan mengenai ilmu yang Poknik berikan.

  

Ini bukan gula-gula untuk tarik anda join program ni. Ini ialah bukti bahawa program ini betul-betul berguna untuk bisnes anda nanti.

 

Dulu Poknik Pun Sama Macam Anda…

Dulu Poknik join semua seminar, beli semua ebook gula-gula, namun masih tidak berjaya dalam bisnes.

Bila tengok ramai orang yang berjaya berikan testimoni selepas join suatu seminar, Poknik pun ikut join seminar tu.

Bila nampak ebook panduan jana income Rm10k sebulan, Poknik pun beli.

Hampir semua yang anda join, hampir semua yang anda beli sekarang, semuanya Poknik dah buat dulu. Satu je kesilapan Poknik yang Poknik akui, iaitu Poknik tak faham KONSEP …

‘Setiap orang akan buat usaha yang berbeza, dan akan terima result yang berbeza. ‘

Bila ada 2000 orang masuk seminar, hanya 2 orang yang berjaya kaya raya. Kenapa?

Kerana mereka yang berjaya tu dah ada asas bisnes yang kukuh dan sangat komited untuk berjaya. Yang lain pula bagaimana?

Percaya cakap Poknik, bakinya tidak berjaya kerana tiada asas bisnes yang kukuh dan tidak komited untuk melakukannya. Jika anda tak percaya, cuba tanya pada rakan yang pernah join seminar bisnes tetapi masih tidak berjaya, pasti anda akan mendengar jawapan yang sama.

Poknik pun sama, masa tu tak ada asas yang betul dan main hentam keromo. Akhirnya habis banyak duit, bisnes entah ke mana.

Sebab tu Poknik Nak Bantu Anda Sekarang …

Ini bukan program magis, join je terus boleh berjaya. TIDAK!

Ini bukan program sekelip mata yang boleh buat anda jadi jutawan segera. TIDAK!

Ini ialah program bimbingan secara online yang Poknik rakam (video) untuk ajar tentang bisnes. Apa yang Poknik ajar dalam syllibus ni ialah apa yang Poknik buat sekarang.

Anda akan lihat sendiri bagaimana Poknik membina asas bisnes dari zero hingga mencapai jualan 6 angka (juta-juta). Anda boleh follow ilmu yang Poknik bagi dan apply dalam bisnes.

Namun ada pantang larang untuk join program bimbingan ni!

Poknik tak ada niat nak menjual program ini sebagai pendapatan utama. Malah kalau Poknik tak buat program ni pun, Poknik masih juga dapat merasa jualan 6 angka seperti biasa.

Cuma… Poknik betul-betul tak mahu anda melalui situasi yang sama seperti Poknik dulu. Terkial-kial mencari jalan bisnes sampai kerugian wang ringgit. Poknik nak anda ikut jalan yang Poknik sedang lalui sekarang!

Jadi, ada beberapa pantang larang dan keperluan yang anda perlu lakukan apabila dah join program ni.

 

1. Pastikan Anda Komited

Anda perlu berikan sepenuh hati untuk mengikuti program bimbingan ni. Anda perlu tonton semua video siri bimbingan setiap syllibus sehingga habis.

2. Ulang Tonton Banyak Kali

Anda perlu ulang setiap video beberapa kali untuk betul-betul faham apa yang Poknik nak sampaikan. Lihat dan dengar betul-betul.

3. Catat Nota Sendiri

Yang ni paling penting. Apa yang anda faham, apa yang anda dengar, tulis semuanya. Buat nota sendiri untuk ilmu ni.

4. Bertindak Segera

Dah tengok, dah faham, anda kena buat. Pastikan siap semua task yang Poknik berikan dalam syllibus. Jangan gagal walaupun satu.

Ini ialah ilmu yang anda tak boleh dapat di tempat lain. Ini ialah ilmu proven yang Poknik sedang buat sekaarang. Apa yang anda lihat pencapaian Poknik sekarang, semuanya ada dalam bimbingan ni. Apa yang Poknik buat, semuanya Poknik dedahkan dalam ni. Tak ada sembunyi ilmu.

PokNik akan bantu anda capai 2 perkara ni terlebih dahulu..

1000 Pelanggan

Anda perlu dapatkan 1000 pelanggan terlebih dahulu dalam program ni.

10,000 Followers

Anda kena dapatkan 10,000 followers di semua saluran bisnes anda.

Dalam masa 2 tahun, Poknik akan bantu anda capai 2 perkara asas ni terlebih dahulu kerana dua perkara ini ialah tapak bisnes anda. Apabila dah cukup kukuh asas ini, maka dengan mudah anda boleh capai jualan 6 angka. 

Jangan Risau, Apa Yang Poknik Ajar Ni Bukan Untuk Produk Atau Niche Tertentu Sahaja…

Tak kisah apa jua produk anda, tak kisah apa pun brand anda jual, tak kisah la niche apa yang anda bawa, program ni tetap boleh bantu anda membina bisnes & jana jualan dengan banyak.

Poknik bukan ajar cara kuasai niche. Poknik tak ajar cara meniaga di Amazon atau Shopee. Poknik tak ajar untuk jadi Internet Marketer. Poknik tak ajar buat produk digital atau produk OEM sendiri.

Poknik akan ajar benda yang lebih penting iaitu tunjang bisnes.

Tunjang bisnes ni boleh guna di dalam apa jua bisnes, apa jua produk dan apa jua niche. Anda hanya perlu belajar dan aplikasikannya dalam bisnes yang anda sedang buat sekarang. 

Kita bukan nak buat bisnes seminggu dua sahaja, tetapi nak kekal bertahun-tahun.

Program bimbingan ni ambil masa yang lama, bukan seminggu dua untuk dapatkan hasil. Mungkin ambil masa bertahun-tahun. Adakah anda mampu bertahan bersama program ni?

Jika anda rasa mampu nak habiskan program ni dengan mengikuti syllibus yang disediakan oleh Poknik, anda amat dialu-alukan untuk sertai program ini.

Apa yang Poknik akan share dalam program ni?

Ingat, Poknik buat program ni untuk kukuhkan asas bisnes anda.

Jadi dalam program ni nanti, Poknik akan fokuskan kepada cara dan strategi yang betul untuk bina bisnes. Bukan dengan cara yang anda dah buat sekarang, itu belum cukup (kalau dah cukup, anda tak perlu lagi join program ni). Jadi berikut ialah syllibus yang anda akan lalui nanti. 

Fundamental bina bisnes dari 1 hingga 6 angka

Strategi membina kumpulan pelanggan

Strategi membina & mengembangkan produk

Cara berfikir sebagai pemenang (winner)

Cara membina pengaruh dalam bisnes

Modul program latihan dropship 6 angka

6 modul ni akan jadi teman setia anda setiap hari, setiap masa ketika anda berbisnes.

Meniaga tu senang, menjual tu senang, tetapi nak bina bisnes yang boleh sustain bertahun-tahun sangat susah untuk dibuat. Modul ni la yang Poknik guna untuk bisnes Poknik sendiri, dan sekarang anda boleh buat apa yang Poknik buat.

Dah Ready?

Jika anda dah faham apa yang perlu anda buat, Poknik sangat mengalu-alukan kehadiran anda dalam program ini.

Untuk keseluruhan syllibus, Poknik letakkan harga Rm500

Namun sekarang Poknik baru siapkan 1 syllibus sahaja yang mengandungi lebih 30 video, jadi Poknik tak nak caj anda semahal itu.

Itu ialah screenshot ilmu yang Poknik dah siapkan dalam syllibus 1, mengandungi lebih 30 video semuanya.

Disebabkan Poknik belum siapkan semua syllibus, Poknik letakkan yuran program hanya Rm250 sahaja seumur hidup.

Setiap kali Poknik update syllibus, anda akan dapat video tersebut tanpa bayaran tambahan.

Ps: Poknik hanya nak orang yang betul-betul sanggup berubah demi membina bisnes dan baiki kehidupan untuk sertai Program Bimbingan ni.

Ini bukan omong kosong, Poknik tunjuk semua step yang Poknik sendiri buat untuk jana jualan 1 juta. Real life case study orang kelantan kata.

Jangan berlengah, Jangan tunggu syllibus dah lengkap baru nak join, masa tu dah terlalu lewat untuk anda.

Jumpa di sana nanti.

Poknik